Tuesday, September 23, 2014

Hukum Meminum Kopi Luwak

Kopi Luwak
 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
 
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
 
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Link:-
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang 

Friday, September 19, 2014

Manfaat Kopi Luwak


gambar ehsan


Berikut adalah manfaat Kopi Luwak untk kesihatan:-

  1. Sangat baik untuk metabolisma tubuh, seperti meransang adrenalin dan meransang sistem pembuluh darah. Efeknya, tubuh badan akan merasa lebih segar dan dapat menahan dari mengantuk.
  2. Kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Dari satu gelas kopi (8 gram kopi) hampir menyamai empat buah jeruk.
  3. Dapat mengurangi kanser hati, usu, penyakit parkinson dan diabetes tahap II.
  4. Mampu mengurangi risiko Kanser Payudara hingga 75%.
  5. Kandungan kafein kopi dapat melancarkan peredaran darah dan melancarkan penyerapan ubat di dalam tubuh.
  6.  Menurut Dr. Charambos Vlachopoulus dari Yunani menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan antara meminum kopi dengan meningkatnya tekanan darah.
  7. Melindungi gigi dari bakteria-bakteria penyebab gigi berlubang dan juga mencegah terkena penyakit kanser mulut.
  8. Melindungi kulit dari serangan penyakit kanser kulit, menurut penelitian dapat menurunkan risiko terkena kanser kulit hingga 17%. 


 Gambar dan entri adalah dari website http://jualkopiluwakasli.net/manfaat-kopi-luwak/
 

Thursday, September 18, 2014

Premium Coffee

*Bhumicoffee Arabica Premium
*Bhumicoffee Luwak

Pakej:-
1) Sachets
2) Grams (250 gram / 500 gram / 750 gram)
3) Kilograms (1kg / 2kg or above)
Its Premium Arabica Coffee..ORGANICALLY Planted...100% pure coffee..no add on..




Berminat untuk order .. boleh wassap saya di 012-2134296

Sneak Peak!

Premium Coffee
 
BhumiCoffee

Will Be Back Soon for New Premium Coffee :)

Hi, harap maaf...memang sangat lama tidak update blog ni. Lepas ini InShaAllah ... akan mula update semula. 

Untuk Tempahan Kek & pastri boleh la hubungi K Izma Directly di 019-3766414.

For me, coming soon...I akan mula menjual Kopi Premium. Tunggu....